Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts
Cabaran pascaRamadhan dan semasa Syawal
Ramadhan berlalu pergi. Apabila dikenang kembali bulan Ramadhan, pasti teringat akan umat Islam yang budiman dan dermawan di dalam  menghulurkan derma dan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Contoh terdekat, member sebelah katil dan kawan-kawan CTbanknya yang telah menjadikan agenda utama setiap tahun untuk mengadakan kutipan derma untuk anak-anak yatim.

Tahun ni, anak-anak yatim dari Darul Qanaah, Gombak, dibawa ke Ampang Point untuk membeli belah dan seterusnya berbuka puasa di Hotel de Palma, Ampang.

Memang macam-macam ada menu berbuka puasa kat situ. Tak tercuba semuanya. Mana yang sempat dan mana yang larat nak masuk perut je.












Plus point, surau kat situ memang luas dan selesa. 

Antara anak-anak yatim yang diraikan.

Cabarannya: Ramadhan dah jumpa noktah untuk tahun ni tapi tak semestinya bantuan dan derma turut dinoktahkan. Mudah-mudahan istiqamah, insyaAllah. Semoga Allah melipatgandakan ganjaran atas semua niat baik yang diusahakan.(Reminder to myself)

Syawal menjelma. Tahun ni beraya di Raub, Pahang dulu. Seperti biasa, bergambar itu mesti.

Posing tanpa anak-anak.


Posing dengan anak-anak.

Dah lebih seminggu bercuti, kena kerja la pulak kan. Gila penuh jadual kerja lepas raya ni.

28/8 - Mesyuarat bincang soalan
30/8 - Mesyuarat lembaga pemeriksa (pagi) /Mesyuarat Jawatankuasa Etika Penyelidikan (petang)
4/9 - Minggu Mesra Mahasiswa (pagi)/Mesyuarat lagi (ptg)
5/9 - Jamuan raya PPUKM
6/9 - Taklimat kem PPD clash dengan Postgraduate Day (mana satu nak pegi ni...?)
7/9 - Taklimat fasilitator PPD sem 3
10/9 - Mesyuarat lagi
11-14/9 - Kem PPD

Cabarannya: kena kuatkan iman dan ketabahan nak completekan puasa ganti + puasa 6 (kalau sempat) di bulan Syawal di masa-masa jadual sarat dengan mensyuarat dan taklimat-taklimat yang semestinya penuh dengan hidangan-hidangan minum pagi/petang dan makan tengahari....Belum kira weekends yang banyak jemputan open house tu... Adoiii....... 

Akhir kata, Salam Aidilfitri. Selamat menyempurnakan puasa 6. (again reminder to myself)
Blues Hari Raya
Seronoknya berhari raya
Pulang ke pangkuan keluarga
Di desa nun jauh di sana
Tapi hampeh, ni highway ke apa?
Dah jadi slow-way dah gayanya
Kalau tak memotong, ikut kiri la!!

Bangun tidur di pagi raya
Tak sabar nak pakai baju raya
Digayakan pulak dengan henbeg raya
Tapi keluar je bilik mulut ternganga
Ramai dah tunggu giliran bilik air rupanya
Kak Long, Kak De, Kak Cik semua ada

Ayam dan daging dibuat rendang
Sedap dimakan bersama lemang
Tak boleh miss ketupat dengan kuah kacang
Dah sebulan berlapar, sekarang makan kenyang-kenyang
Tapi kut ye pun, bawak-bawakla bertenang
Bila perut meragam, kan dah terlentang

Cantik berseri di pagi raya
Tudung matching pelbagai gaya
Merah, ungu, kuning, hijau muda
Kus semangat, tengok baju kotor anak yang lima
Menggunung macam Gunung Fujiyama
Mujur panas terik, kering jugak semua

Berakhirlah sudah cuti raya
Meredah lagi highway yang jam gila
Pulang semula ke kotaraya
Tapi raya tetap raya
Jamuan ofis, di sini sana
Raya sebulan tak cukup gamaknya

Open house tu, open house ni
Tak pergi kang tuan rumah kecik hati
Walaupun dah pergi 3 rumah tadi
Anak-anak seronok tidak terperi
Melihat duit raya yang diberi
Nak simpan ke nak beli MP3?

Ziarah menziarahi kaum keluarga 
Sahabat handai sanak saudara
Diucapkan Selamat Hari Raya
Salam dihulur maaf dipinta
Blues Hari Raya sekadar suka-suka
Macam tak de kerja lain pulak ya...

Pic of my kids on 1st raya. Bila buat pantun ni, teringat diorang sebab diorang suka sangat dialog pantun Jarjit dalam cerita Upin Ipin. And they will always create their own pantun which usually starts with 'Dua tiga kucing berlari'. And sometimes I chipped in:

'Dua tiga kucing berlari
Cepat pergi mandi!'

Degil yang amat time suruh pegi mandi....
Berehat dalam ibadah
Ramadhan dah makin sampai ke penghujung. Mudah-mudahan ibadah seperti solat terawih masih diteruskan sehingga malam terakhir (reminder to myself sebab selalu sangat tak tercapai).

Bercakap tentang solat terawih ni, pernah dengar satu ceramah ni, 2-3 tahun yang lepas. Ustaz tu kata terawih bermaksud berehat-rehat. Maksudnya, boleh laksanakan dua rakaat, kemudian berehat, then sambung lagi 2 rakaat dan seterusnya.

From my reading (yang tak berapa luas ni), it is so-called berehat-rehat sebab di zaman Rasulullah SAW dulu, baginda mengerjakan solat terawih dua atau empat rakaat dan kemudian berehat sebentar untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan sahabat baginda.

Konsep yang sama boleh digunapakai, lebih-lebih lagi di hujung Ramadhan ni. Sambil bakar biskut raya, solat dua rakaat, berhenti rehat kejap, tengok biskut dah masak belum, sambung balik solat dua rakaat. Sambil pasang langsir raya, solat dua rakaat, berhenti rehat kejap, pasang pulak langsir kat tingkap dapur, sambung balik solat dua rakaat. Sambil jahit bling bling kat baju raya, solat dua rakaat, berhenti kejap, jahit pulak bling-bling kat lengan baju belah kanan, sambung balik solat dua rakaat. Sambil tengok Grey's Anatomy kat channel 711, solat dua rakaat masa iklan, berhenti kejap, tengok balik McDreamy buat clinical trial on Alzheimer patients, sambung balik solat dua rakaat.....errr...NOT!!! Terus tak khusyuk solat terawih dok ingat McDreamy, McSteamy dgn Avery yang macho itu. ;)

Anyhow, I have been applying konsep berehat-rehat dalam mengerjakan solat terawih. Not that I have to consult or give advice to anyone like the Prophet, but as a mother to a baby, kejap-kejap nak menyusu. And as a mother to a 4-y-o kid, sekejap nak susu, sekejap BO (atau dalam bahasa kasarnya, nak gi jamban). And as a mother to 3 school-goer kids, sekejap kena leraikan diorang bergaduh, sekejap ada yang nak tanya pasal homework.

Thus, there's no excuse whatsoever to not perform solat terawih. Islam itu mudah. Tepuk dada tanya iman la kot...(reminder untuk diri sendiri jugak). Lastly, sempena Syawal yang akan tiba, jari disusun maaf dipohon, andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan terguris perasaan. Mudah-mudahan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang, insyaAllah. 
Perkara-perkara yang tidak diingini di musim raya
  1. Bila anak tanya 'Tak dapat duit raya pun mak?' di depan tuan rumah. (Adoii... anak siapa la ni...raised eyebrows)
  2. Bila anak bukak sampul duit raya and exclaimed, 'Ala... 2 ringgit je...' di depan tuan rumah. (Rasa nak menyorok bawah meja d'oh)
  3. Bila baju raya kita sama pattern dengan baju tuan rumah. Lagi haru kalau sama pattern dengan langsir atau sarung kusyen tuan rumah. (Err... have not happened to me.... yet..blushing)
  4. Bila tuan rumah atau anyone tegur, 'Makin berisi nampak' or 'Berapa bulan dah ni?' (Oh God... please forgive me if I have ever offended people like this and I forgave people who have offended me with these statementspeace sign)
  5. Bila jemputan houses berduyun-duyun sampaikan nak puasa sunat Syawal pun tak sempat. (Alasannn....shame on you)
  6. Bila sampai rumah orang, time tu la anak nak gi toilet. (Hisyh... kat rumah tadi, tak nak pulak pergiangry)
  7. Bila tersangkut dalam kesesakan lalulintas berjam-jam untuk sesi makan-makan yang tak sampai satu jam (Kenapa la lalu jalan ni tadi...?at wits' end)
  8. Bila anak hadap satu balang kuih dan makan sampai licin. (Tak tau nak menyorok kat mana dah...straight face)
  9. Bila perut memulas-mulas selepas makan dengan bersungguh-sungguhnya di beberapa majlis rumah terbuka. (Padan muka...tongue)
  10. Bila tak sanggup nak jejak kaki atas weighing scale apatah lagi nak tengok jarum tu stop kat nombor berapa. (Oh no!!! I don't want to see)
Raya cum birthday cum telematch
This is another tale of Raya. Oh yes... still in Raya mooddancing.

It happened to be my birthday on the 2nd day of Raya. Yes... the infamous 9/11 disaster coincides with my birthday. Besides me, there are few others September babies in my family.
My father: 7/9/1928
My brother: 19/9/1977
My nieces: 2/9/1980 and 17/9/1991

In conjunction with that, we had a special raya-telematch among family members. We had a similar event last 2 years. We celebrated the October babies back then since Raya was in October that year. This year, we did something similar. And as usual, the organizers were my hubby and sister.


It was the 2nd day of Raya and relatives were still coming over to my parents' house for beraya. We couldn't stop people from coming, could we? So, because of that, the telematch started quite late that afternoon. Dah 6.30 pm. We managed to form 4 groups between us (minus my parents, the 2 organizers and 1 cameraman). And together with 3 import players (the sons of my late cousin who came beraya), each group consisted of 8 people.




We played games such as blowing up baloons. Tapi nak sebesar 2 jengkal je... So we chose the smallest member of the group and used her fingers as the measurement hee hee.



Carry balloons using rackets. Not as easy as it looks whew!.



 Filling up bottle with water by using sponges. My group should take our own sweet time because the objective was not to finish the fastest but how much water is collected.




Bowling with coconut. The aim is to knock down the brick. I failed to hit the brick. If only I had the chance to practice, sure kena punya... Alasann...tongue




Ni salah satu contoh balingan yang mengenathumbs up .



Those in the back were not cheering for the bowler but actually were trying to disrupt the blower's concentration and the coconut goes haywire devil.


And finally, guessing how many coins were there in the plate filled with flour. I cheated and managed to maintained my face flour-free winking.



 No way I'm going to let my face to be like thisshame on you.


And final results... Proud to announce that my group was group no. 3 laughing.




That night, we had a small birthday celebration. 

We had a cake written with the names of the September babies. But accidents do happen. Somehow my niece's name was smudged thus we improvised and wrote her name using muruku and cornflakes.



We had a giant birthday card presented to my father.


And cut the cake secara berjemaah.



It was so good to be able to gather with family members like this.

Cake: RM25.
KFC: RM170+.
The smile on my parents' faces especially my father's: Priceless big grin.

Next Raya, celebrating August babies maybe? Ramai jugak August babies in the family.

Special thanks to hubby dearest for making this birthday a memorable one love struck .
Eid in Raub
Finally the day has arrived. The day that simbolizes victory for the Muslims who have succeeded in completing the ibadah during Ramadhan. After breaking fast on the last day of Ramadhan, my daughter whispered to me what she wanted for sahur the next morning. I said, 'Dah tak de sahur dah, esok dah raya'. She gave me a BIG smile of glee big grin.

The morning of 1st Syawal, the table was set up with all the cookies and raya dishes. Memang kuih penuh meja. Mana tak nya, each one of us brought a few types of cookies back home and adding it all up, we got a big spread of raya cookies.


 
We had our ritual of 'bersalam-salaman' with family members and asking for forgiveness and giving out duit raya to the kids. Well, as long as they are not working yet, they are considered as kids and eligible for the raya ang pau.


 
And of course photo shoot. The grandchildren of Hj Mohamed and Hjh Siti Asiah. A few were not in the picture.


 
And then with the rest of the family. Ramai sikit lagi, tak muat nak masuk frame winking.


Since it was a Friday, and Friday prayer was due soon, things were a bit slow. Except for a Chinese family, we had no guests. So some of the kids treated themselves as guests and beriya-iya makan kuih raya kat meja tetamu d'oh.


After Friday prayer, we got ready to visit our aunts and uncles. Sekali keluar, 2,3 kereta. Penuh satu rumah. 


Jenuh tuan rumah nak prepare air whew!.

At one of my aunt's house, we saw this beautiful orchid with its gorgeous flowers.



We also helped ourselves to the rambutans.



While the kids were either chasing the hens or the cats. Isyh...isyh...isyh... Duduk kat KL, nak jumpa ayam hidup yang berkeliaran memang susah.



Dah makan, jangan lupa cuci pinggan sendiri. This is a picture of me and my 2 sisters. We were at my aunt's place. She lives alone after the death of her husband and it's quite unfair to leave her with the dirty dishes. 


And the activity continued after Isyak prayer that night.

I went to sleep with tummy full of lemang, ketupat, rendang, raya cookies and varieties of drinks. Hmm...thinking fasting month down the drain in just one day? How la... raya sebulan ni...sigh

p/s I would like to acknowledge the FB of my nephews (Muhd Firza Mohd Hanim and Aj Ajay) for some of the photos above.