Seronoknya berhari raya
Pulang ke pangkuan keluarga
Di desa nun jauh di sana
Tapi hampeh, ni highway ke apa?
Dah jadi slow-way dah gayanya
Kalau tak memotong, ikut kiri la!!
Bangun tidur di pagi raya
Tak sabar nak pakai baju raya
Digayakan pulak dengan henbeg raya
Tapi keluar je bilik mulut ternganga
Ramai dah tunggu giliran bilik air rupanya
Kak Long, Kak De, Kak Cik semua ada
Ayam dan daging dibuat rendang
Sedap dimakan bersama lemang
Tak boleh miss ketupat dengan kuah kacang
Dah sebulan berlapar, sekarang makan kenyang-kenyang
Tapi kut ye pun, bawak-bawakla bertenang
Bila perut meragam, kan dah terlentang
Cantik berseri di pagi raya
Tudung matching pelbagai gaya
Merah, ungu, kuning, hijau muda
Kus semangat, tengok baju kotor anak yang lima
Menggunung macam Gunung Fujiyama
Mujur panas terik, kering jugak semua
Berakhirlah sudah cuti raya
Meredah lagi highway yang jam gila
Pulang semula ke kotaraya
Tapi raya tetap raya
Jamuan ofis, di sini sana
Raya sebulan tak cukup gamaknya
Open house tu, open house ni
Tak pergi kang tuan rumah kecik hati
Walaupun dah pergi 3 rumah tadi
Anak-anak seronok tidak terperi
Melihat duit raya yang diberi
Nak simpan ke nak beli MP3?
Ziarah menziarahi kaum keluarga
Sahabat handai sanak saudara
Diucapkan Selamat Hari Raya
Salam dihulur maaf dipinta
Blues Hari Raya sekadar suka-suka
Macam tak de kerja lain pulak ya...
Pic of my kids on 1st raya. Bila buat pantun ni, teringat diorang sebab diorang suka sangat dialog pantun Jarjit dalam cerita Upin Ipin. And they will always create their own pantun which usually starts with 'Dua tiga kucing berlari'. And sometimes I chipped in:
'Dua tiga kucing berlari
Cepat pergi mandi!'
Degil yang amat time suruh pegi mandi....