Selamat Hari Guru
Sebelum masuk tadika, mak dengan ayah merupakan guru yang pertama. Ayah selalu belikan buku cerita. Dan jugak selalu bacakan kartun yang ada dalam NST terutamanya kartun Tarzan. Favret betul time tu. Mak pulak akan ajar hal-hal kemas rumah macam siram pokok, angkat kain kat ampaian walaupun selalu sangat buat-buat lupa atau buat-buat tak dengar. 
Terima kasih mak dan ayah di atas didikan selama ini dan maaf di atas segala kedegilan anakmu ini. Selamat Hari Guru.

Masa tadika, aku sekolah kat tadika yang terletak di atas bukit di dalam kawasan sekolah Methodist Girls School, Raub. Masa tu, pergi sekolah, tak payah pakai uniform. So boleh melaram pakai baju biasa je. Satu hari tu, aku pakai skirt yang agak lawa la jugak.:P Masa nak balik macam biasa tunggu van arwah Pak Ngah kat kantin sekolah. Ada 2 orang cikgu duduk kat kantin tu jugak tapi kat meja lain. Banyak kali cikgu tu panggil aku suruh pegi dekat dia sebab dia kata skirt yang aku pakai tu cantik. Tapi aku tak pergi atas sebab-sebab yang tak boleh dijelaskan di sini. 
Mintak maaf cikgu sebab tak ikut arahan. Selamat Hari Guru.

Masa sekolah rendah, sekolah yang sama jugak, Methodist Girls School, Raub. Tak ingat darjah berapa tapi fobia betul dengan subjek Inggeris. Sebab setiap minggu cikgu akan tanya what did you do last week. Sorang-sorang kena berdiri dan cerita apa aktiviti yang dilakukan pada minggu lepas. Public speaking memang suatu benda yang menakutkan masa tu, lagi pulak in English. So tiap-tiap minggu, stress pikir apa benda nak cerita and nak arrange ayat untuk cerita. Satu minggu tu, kebetulan aku memang ada benda nak cerita sebab minggu sebelum tu aku pergi rumah kawan aku (dia duduk sebelah aku masa kat kelas). So, bila sampai turn aku, aku pun cerita la. Bila cikgu tau aku pegi rumah kawan aku tu, dia terus tanya kawan aku tu rumah dia kat mana etc etc etc. Bengang kawan aku tu, aku yang cerita, dia pulak yang kena tanya. Ha ha... 
Terima kasih cikgu sebab memperkenalkan public speaking di usia yang agak muda. Selamat Hari Guru.

Masa sekolah menengah, dah kena sekolah asrama pulak, nun di selatan tanah air. Biasa la budak duduk asrama, kawalan ketat. Kalau hantar surat, surat kena tapis dengan pengawas baru boleh pos. Surat masuk pulak, warden akan tapis baru dapat surat kat tangan sendiri. Bila dah makin remaja, dah mula berutus surat dengan orang itu orang ini di sekolah sana sekolah sini. Sampai satu ketika, dapat tau yang ada sorang cikgu (juga warden sekolah) dah tahan beberapa surat sebab surat tu daripada budak-budak lelaki yang tidak diperkenankan oleh pihak sekolah. Surat-surat tu termasuk la surat aku dan surat ada kawan sorang ni (dorm-mate aku). Surat punya pasal, kitorang nekad satu malam tu pegi masuk bilik guru dan bukak locker cikgu tu, cari surat tu dan hampir2 kantoi dengan pak guard. Pheww.... tapi mission accomplished. Tak tau la whether cikgu tu perasan ke tak ada 2 keping surat missing daripada collection dia. 
Mintak maaf cikgu kerana menyelongkar locker cikgu. Selamat Hari Guru.

Sebelum masuk matrikulasi, sempat Tingkatan Enam sekejap. Sekolah Menengah Mahmud Raub. Tak ingat berapa hari. Tapi tak sempat belajar apa-apa pun. Kalau tak pergi sekolah pun tak apa. Tapi ayah kata daripada asyik tidur je kat rumah, baik la pergi sekolah. Anyway, tak banyak sangat pengalaman kat sekolah tu, except cikgu kelas masa tu boleh tahan hensem. Mujur la tak lama kat sekolah tu, kalau tak, confirm tak dapat concentrate study.:P 
Terima kasih cikgu di atas pesanan dan nasihat. Selamat Hari Guru.

Masuk matrikulasi, tahun pertama kat Sekolah Muzaffar Syah Melaka. Cikgu yang ajar Biologi masa tu tersangatlah garangnya. Tapi dalam garang-garang dia tu, aku boleh pulak terlelap satu hari tu. 'Azlina!! Tidur??!!' Adoiihh... terkejut + malu + terus segar tak berani nak tidur dah. 
Terima kasih cikgu di atas segala tunjuk ajar. Selamat Hari Guru.

Matrikulasi tahun kedua kat Pusat Matrikulasi Kuala Pilah. Subjek yang paling disukai English & Fizik, English sebab senang nak score, Fizik sebab cikgu dia kelakar yang amat. Ada satu hari tu cikgu Fizik tu tengah mengajar. Tiba-tiba dia kata, eh apa bau sedap ni... betul la sedap la... macam bau roti canai. Alih-alih dengar lori sampah lalu kat tepi kelas. Laa... dia kata, lori sampah... tapi betul la, bau macam roti canai. Gelak besor kitorang satu kelas. 
Terima kasih cikgu sebab menceriakan kelas Fizik walaupun Fizik susah yang amat nak score. Selamat Hari Guru.

Masuk universiti, masa tahun pertama kat Bangi. Selain daripada kursus-kursus wajib, kena ambik jugak kursus-kursus elektif. Salah satu kursus elektif yang aku ambik, Asas Pengurusan Perniagaan. Walaupun memang tak de basic business sebelum tu, dapat la jugak score B-. Tapi sekarang, satu hapah apa pun aku tak ingat apa benda yang aku belajar dulu. 
Terima kasih kepada pensyarah yang mengajar. Selamat Hari Guru.

Then tahun kedua sampai tahun keempat, pindah ke UKM kampus KL. Masa tahun 3, boleh pulak kena chicken pox. Kena pulak minggu depannya exam. Terpaksa la ambik MC and tak dapat hadir exam. Sure tension jugak lecturer masa tu sebab nak kena prepare set soalan yang lain and nak cari masa buat exam untuk aku sorang. Dah jadi lecturer macam sekarang, baru tau macam mana susahnya nak prepare soalan exam. Tu la... masa kecik-kecik tak nak kena chicken pox. Dah besar menyusahkan orang. 
Terima kasih kepada semua pensyarah. Selamat Hari Guru.

Dah abis degree, disebabkan kerja pun susah nak dapat, sambungla buat Masters then PhD. Masa tu jugak la nak kawin, mengandung bagai. Penyelia aku masa tu pun sure risau, boleh abis ke PhD dia ni, dah mengandung la pulak....Alhamdulillah, mission accomplished. 
Terima kasih kepada penyelia yang sekarang dah pun jadi rakan sekerja dan rakan penyelidik. Selamat Hari Guru.

Now dah kerja, masih lagi belajar in terms of pengajaran berkesan, penyelidikan yang beroutput tinggi, penulisan yang berimpak tinggi, pengurusan organisasi yang cemerlang, penyeliaan yang baik dan macam-macam aspek lagi. Selagi belum pejam mata, insyaAllah, masih ada yang akan dipelajari dan masih ada yang menjadi guru kita. 
Terima kasih pada semua yang telah mendidik diri ini. Selamat Hari Guru.
Babysitters FOC
I had to go to Seremban recently for a 3D2N workshop. It was held from Sunday until Tuesday. Since it was held during weekdays, it was difficult for hubby to go along. There are lot of things going-on in his office and he could not afford to take leave. And I, on the other hand, do not have the heart to leave my little baby who is still breastfeeding. 

So, I proposed a suggestion to hubby... well.... actually, I forced the suggestion on him.. ha ha... The plan was, all of us going, hubby riding his motorcycle while I drive the car. The kids had to ponteng sekolah. Hubby will still go to the office riding his motorcycle and travel back to the hotel after work. Melampau kan suggestion ni.. But this is the only way so that I can still have my baby with me. And it's not unusual for people who stay in Seremban to commute to KL for work. Lagipun sehari setengah je dia kena travel jauh-jauh macam tu so tak de la satu penderaan sangat. :)

The hotel that we went to: Royale Bintang Resort and Spa. Previously known as Hilton then changed to Royal Adelphi and now Royale Bintang.

The room.

The view from the room. Stadium Tuanku Abdul Rahman ke ni? Don't know for sure.
The pool.


During the day, while I attended the workshop, the older kids babysit the baby. And they were marvelous at it. And free-of-charge. I only received one emergency call when the little sister poo-pooed. The rest of the calls were considered minor.

But was it really FOC? Hubby and I had to stock up lots of food in the room to keep them full and we had to let them bring all the gadgets to keep them occupied. :P