Ramadhan, bulan di mana umat Islam berlumba-lumba membuat kebaikan dan amal ibadah. Bulan yang diimarahkan dengan solat terawih dan tadarus.
Bercakap pasal tadarus, teringat masa belajar mengaji suatu ketika dulu. Ada ustazah datang ke office dan tunjuk ajar pembacaan yang betul. Ada dua pengajaran yang sangat terkesan di hati dan masih ingat sampai sekarang. Bukan pasal mad atau dengung atau nun mati atau huruf iqlab atau lain-lain hukum tajwid. Tapi something pasal jaga pernafasan untuk pembacaan yang betul.
Almaklumla, nafas kadang tak berapa panjang. Tak cukup nafas nak abiskan ayat yang panjang. Terpaksa berhenti di tengah-tengah ayat yang bukan designated sebagai tempat wakaf. So bila berhenti tu, kadang-kadang tak sure nak start baca semula kat bahagian mana. So, once, pernah tanya ustazah tu, macam mana nak tau nak mula baca balik kat mana. Ustazah tu kata, haa... kena la tau Bahasa Arab. Aduss... Terkesan sebab masa Form 1-3 belajar Bahasa Arab tapi sangat tidak ambil serius. So hasilnya, sekarang dah banyak lupa. Satu kerugian yang amat besar.
On a different occasion, one of us tanya ustazah, macam mana kalau curi nafas. Ustazah tu jawab dengan soalan. Mencuri dosa ke dak? Berdosa kan? Adusss... Terkesan sebab rasanya memang selalu sangat berlaku bab curi mencuri nafas sebelum tu...
Jadi, peringatan untuk kita semua, especially diri sendiri. Dalam keghairahan nak khatam Quran semasa Ramadhan, mudah-mudahan pembacaan dilakukan dengan betul dan tiada aksi curi mencuri. :)
|