Varsiti Kita
1990-1991
Masuk Matrikulasi UKM Tahun 1 di Sekolah Muzaffar Syah Melaka, Ayer Keroh, Melaka.

1991-1992
Sambung Matrikulasi UKM di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

1992-1996
Bergelar prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

1997-2001
Menyambung pengajian di peringkat pascasiswazah juga di Universiti Kebangsaan Malaysia.

2000-sekarang
Mula berkhidmat, masih di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mungkin pencen pun di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semasa di matrikulasi dan bergelar pelajar di UKM, tak pernah perasan atau terkesan dengan lagu UKM, iaitu Varsiti Kita. Bila dah kerja, baru mula nak menghayati lagu ni. Lagu yang sangat sedap sebenarnya, dan lirik yang sangat bermakna. Pelik jugak, kenapa dulu tak pernah nak ambil peduli pasal lagu ni... Mujur sempat juga perasan akan lagu ni sebelum pencen. :)


Komposer : Nazri Ahmad
Penulis Lirik : Muhammad Hj. Salleh 


Lihat kampus ku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harungkan
Sumber ilmuan berkembangan


Inilah varsiti kita
Ditegakkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita


Bangun berbakti membina
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia
Genres: | edit post
0 Responses