Ramadhan berlalu pergi. Apabila dikenang kembali bulan Ramadhan, pasti teringat akan umat Islam yang budiman dan dermawan di dalam menghulurkan derma dan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Contoh terdekat, member sebelah katil dan kawan-kawan CTbanknya yang telah menjadikan agenda utama setiap tahun untuk mengadakan kutipan derma untuk anak-anak yatim.
Tahun ni, anak-anak yatim dari Darul Qanaah, Gombak, dibawa ke Ampang Point untuk membeli belah dan seterusnya berbuka puasa di Hotel de Palma, Ampang.
Memang macam-macam ada menu berbuka puasa kat situ. Tak tercuba semuanya. Mana yang sempat dan mana yang larat nak masuk perut je.
Plus point, surau kat situ memang luas dan selesa.
Antara anak-anak yatim yang diraikan.
Cabarannya: Ramadhan dah jumpa noktah untuk tahun ni tapi tak semestinya bantuan dan derma turut dinoktahkan. Mudah-mudahan istiqamah, insyaAllah. Semoga Allah melipatgandakan ganjaran atas semua niat baik yang diusahakan.(Reminder to myself)
Syawal menjelma. Tahun ni beraya di Raub, Pahang dulu. Seperti biasa, bergambar itu mesti.
Posing tanpa anak-anak.
Posing dengan anak-anak.
Dah lebih seminggu bercuti, kena kerja la pulak kan. Gila penuh jadual kerja lepas raya ni.
28/8 - Mesyuarat bincang soalan
30/8 - Mesyuarat lembaga pemeriksa (pagi) /Mesyuarat Jawatankuasa Etika Penyelidikan (petang)
4/9 - Minggu Mesra Mahasiswa (pagi)/Mesyuarat lagi (ptg)
5/9 - Jamuan raya PPUKM
6/9 - Taklimat kem PPD clash dengan Postgraduate Day (mana satu nak pegi ni...?)
7/9 - Taklimat fasilitator PPD sem 3
10/9 - Mesyuarat lagi
11-14/9 - Kem PPD
Cabarannya: kena kuatkan iman dan ketabahan nak completekan puasa ganti + puasa 6 (kalau sempat) di bulan Syawal di masa-masa jadual sarat dengan mensyuarat dan taklimat-taklimat yang semestinya penuh dengan hidangan-hidangan minum pagi/petang dan makan tengahari....Belum kira weekends yang banyak jemputan open house tu... Adoiii.......
Akhir kata, Salam Aidilfitri. Selamat menyempurnakan puasa 6. (again reminder to myself)