Berehat dalam ibadah
Ramadhan dah makin sampai ke penghujung. Mudah-mudahan ibadah seperti solat terawih masih diteruskan sehingga malam terakhir (reminder to myself sebab selalu sangat tak tercapai).

Bercakap tentang solat terawih ni, pernah dengar satu ceramah ni, 2-3 tahun yang lepas. Ustaz tu kata terawih bermaksud berehat-rehat. Maksudnya, boleh laksanakan dua rakaat, kemudian berehat, then sambung lagi 2 rakaat dan seterusnya.

From my reading (yang tak berapa luas ni), it is so-called berehat-rehat sebab di zaman Rasulullah SAW dulu, baginda mengerjakan solat terawih dua atau empat rakaat dan kemudian berehat sebentar untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan sahabat baginda.

Konsep yang sama boleh digunapakai, lebih-lebih lagi di hujung Ramadhan ni. Sambil bakar biskut raya, solat dua rakaat, berhenti rehat kejap, tengok biskut dah masak belum, sambung balik solat dua rakaat. Sambil pasang langsir raya, solat dua rakaat, berhenti rehat kejap, pasang pulak langsir kat tingkap dapur, sambung balik solat dua rakaat. Sambil jahit bling bling kat baju raya, solat dua rakaat, berhenti kejap, jahit pulak bling-bling kat lengan baju belah kanan, sambung balik solat dua rakaat. Sambil tengok Grey's Anatomy kat channel 711, solat dua rakaat masa iklan, berhenti kejap, tengok balik McDreamy buat clinical trial on Alzheimer patients, sambung balik solat dua rakaat.....errr...NOT!!! Terus tak khusyuk solat terawih dok ingat McDreamy, McSteamy dgn Avery yang macho itu. ;)

Anyhow, I have been applying konsep berehat-rehat dalam mengerjakan solat terawih. Not that I have to consult or give advice to anyone like the Prophet, but as a mother to a baby, kejap-kejap nak menyusu. And as a mother to a 4-y-o kid, sekejap nak susu, sekejap BO (atau dalam bahasa kasarnya, nak gi jamban). And as a mother to 3 school-goer kids, sekejap kena leraikan diorang bergaduh, sekejap ada yang nak tanya pasal homework.

Thus, there's no excuse whatsoever to not perform solat terawih. Islam itu mudah. Tepuk dada tanya iman la kot...(reminder untuk diri sendiri jugak). Lastly, sempena Syawal yang akan tiba, jari disusun maaf dipohon, andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan terguris perasaan. Mudah-mudahan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang, insyaAllah. 
Genres: | edit post
0 Responses