Hari tu aku dan family ada pergi satu BaRam, agak jauh la daripada rumah. Kebetulan lalu kat situ so singgah. Beli nasi beriyani 2 bungkus. Dan ada jugak la beli juadah-juadah lain sekali. Sambil tu cari ada sorang penjual yang famous jual kuih-kuih melayu mcm talam ubi dan segala jenis talam, yang memang sedap. Tiap kali meniaga bertalam-talam dia bawak, tapi tak jumpa pulak. Dah tak meniaga kot. Atau dia dah ada port lain, tidaklah diketahui
.
Balik rumah, lebih kurang lagi 30 minit sebelum berbuka, aku dah start kemas-kemaskan meja makan. Nak saji juadah-juadah yang dah dibeli elok-elok dalam piring atau mangkuk. Bukak bungkusan nasi beriyani, betul ada 2 bekas polisterin nasi beriyani. Cari-cari mana pulak bungkusan lauknya. Dalam hati, agaknya dah bungkus sekali dalam bekas polisterin tu. Bukak satu bekas, aikk… nasi je??
Bukak satu lagi bekas, laaa… semata-mata nasi jugak??
Tanya member sebelah atau nama lainnya, suami, ‘Mana lauk nasi beriyani ni?’
*** Rewind ke pukul 5++pm ***
‘Pakcik, nasi beriyani dua.’
Pakcik dgn efisiennya mengambil 2 bungkus nasi beriyani.
‘Pakcik, nasi lemak pun dua.’
Pakcik dah start kelam kabut nak bungkus nasi lemak pulak.
‘Pakcik, nasi beriyani ni nak lauk daging.’
Pakcik: ye ye… dah siap2 bungkus dalam ni, daging ada, ayam ada…
*** Forward semula ke waktu lagi 20-30 minit nak berbuka tadi ***
Member sebelah: Haihh.... Pakcik ni betul la pakcik…
Dengan segera dia terus melangkah pergi ke BaRam yang sejengkal je daripada rumah untuk beli lauk. Mujur la dekat.
Apa nak buat. Nak pergi tuntut balik kat pakcik tu, jauh. Nak pergi lain hari tuntut, tak kuasa. Maafkan je lah dia.
Jadi sempena Syawal yang bakal menjelang, aku sekeluarga nak mintak maaf atas segala keterlanjuran, tersalah tulis, terkasar bahasa, terkhilaf perbuatan dan apa-apa juga yang kurang menyenangkan pada pandangan semua. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Sila click utk tgk
kad raya UKM yang tak de le berapa best
. Tapi lagu best
.